Kucing merupakan haiwan yang tidak asing dengan manusia. Di Malaysia boleh dikatakan majoriti penduduk memilik kucing sebagai haiwan peliharaan. Mempunyai bulu-bulu comel dan berempat kaki yang lincah, kucing sememangnya satu pilihan yang tepat untuk dijadikan haiwan peliharaan. 

Berikut merupakan beberapa faktar menarik tentang kucing.

1. Kucing Memburu Lebih Baik Daripada Anjing

Mengikut satu kajian, kucing merupakan haiwan pemburu yang lebih baik berbandng anjing. Kucing memiliki keupayaan survival yang tinggi dan mampu untuk hidup lebih lama di kawasan hutan liar berbanding anjing.


2. Lelaki Yang Sukakan Kucing Lebih Menarik Di Mata Wanita

Lelaki yang memelihara dan menyayangi kucing merupakan lelaki yang lebih menarik bagi seorang wanita. Hal ini merujuk kepada kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik haiwan peliharaan Dr. Jun McNicholas, wanita melaporkan bahawa mereka lebih tertarik kepada lelaki yang sukakan haiwan.

3. Mata Kucing Membawa Maksud Yang Tersendiri.

Kucing merupakan haiwan yang memiliki mata yang unik dan ia memberikan maksud yang tersendiri dalam keadaan tertentu. Anak mata kucing akan berubah bentuk atau saiz ketika ia berada dalam ekadaan tertentu seperti sedang melihat mangsanya ataupun ketika melihat wajah tuannya.

4. Kucing Tertua Di Dunia Berusia 26 Tahun

Guinnes World Records melaporkan, kucing berusia 26 tahun bernama Corduroy merupakan kucing domestik yang tertua di dunia yang masih hidup. Namun, mengikut rekod, kucing tertua yang pernah wujud merupakan seekor kucing yang bernama Creme Puff dan kucing tersebut berusia 38 tahun  hari.

5. Cara Membelai Kucing Dengan Betul

Menurut penyelidik dari Universiti Lincoln, kucing suka disentuh dibahagian muka mereka, terutamanya di bahagian dagu, bawah dagu, pipi dan kepalanya. Manakala tempat yang paling tidak disukai kucing untuk disentuh adalah di bahagian ekornya, kerana ia merupakan kawasan yang akan menyebabkan kucing berasa tidak selesa sekiranya disentuh.



Sumber Rujukan : Kucing

Post a Comment

Previous Post Next Post